I don't care if they called me a daydreamer, cause that's what i am

Baru aku faham (part 3)
Jumaat, 5 April 2013 | 0 comments

Assalamualaikum...
Piece. ^^v



Waktu untuk Shah pulang ke rumah sudah pun tiba, tidak sabar rasanya hendak berjumpa dengan isterinya. Tetapi isterinya itu mesti masih tidak berputus asa dengan kehendaknya, dia sangat kenal dengan isterinya itu. Shah harus mencari jalan supaya isterinya melupakan niatnya.
Semalam, kisah semalam masih berlegar-legar diingatan Shah. Dia buntu memikirkannya. Pesanan ringkas melalui telefon itu membuatkan dirinya berasa sangat-sangat keliru. Mana satu dia harus ikut? Isterinya, atau pendiriannya.
‘kalau awak tak bawa calon sorang, saya harus diceraikan.’
Ya Allah, isterinya itu sudah gila. Perkara seperti ini tidak boleh dibawa main.  Dia cuma berharap yang isterinya itu hanya bergurau untuk mengikuti kemahuannya.
Sejak sebelum berkahwin lagi isterinya sudah berfikir yang mereka akan mempunyai seorang anak. Nama pun telah ditetapkan. Malangnya, sudah 5 tahun mereka berkahwin tetapi seorang anak pun tiada. Tekanan, itu yang selalu membuatkan isterinya hilang akal sampai sanggup berfikir perkara yang tidak sepatutnya. Shah hanya bersabar dengan karenah isterinya yang tidak sudah-sudah itu.
Hah,! Baru Shah ingat, perempuan itu. Macam mana dia boleh terlupa. Ahh, dia harus cepat. Dia bergegas ke hospital dengan cepat.


            “Maaf cik, wanita ini tidak dapat diselamatkan lagi, saya harap cik bersabar.” Kata seorang doktor muda kepada seorang perempuan yang tidak dikenali Shah.
Terkedu. Itu saja perasaan yang ada pada ketika ini. Shah berasa sangat bersalah atas perbuatannya itu. Dia tak sengaja.

            “Saya dah cakap, jangan ganggu saya dan anak saya lagi, kami tak kenal awak.” Laju perempuan itu berkata sambil laju juga kakinya mengatur langkah mengheret anaknya bersama.
            “Saya cuma nak kenal awak dengan anak awak, saya nak bantu keluarga awak itu je” Laju juga Shah membalas kata-kata perempuan itu.
            “Tak perlu, saya boleh sara keluarga sendiri, kami tak perlukan bantuan awak” balas perempuan itu.
Tiba-tiba , “Aina!!!!!!!!!” Terdengar satu suara dari seberang jalan dan juga hon yang kuat dari sebuah lori yang betul-betul berada sangat dekat dengan mereka. Shah menolak perempuan itu ke sisi jalan dan menarik kanak-kanak itu ke pangkuannya dan berlari menuju ke sisi jalan juga . Tapi, malangya perempuan itu masih tidak perasan yang anaknya sudah berada di sisi jalan lalu dia terus menuju ke tengah jalan dan bang!
            Aina, tidak dapat menyedarkan diri selepas itu, lukanya teruk. Kini, doktor sudah mengesahkan yang dia telah meninggal dunia. Di waktu akhir Shah baru mengetahui nama perempuan itu dan baru mengetahui yang perempuan itu adalah adik tiri isterinya melalui maklumat yang diterima daripada seorang perempuan yang baru tadi dia kenali. Perempuan itu merupakan kawan baik kepada Aina, dia telah menceritakan segala-galanya kepada Shah. Shah tahu yang bapa mertuanya mempunyai dua isteri, tetapi dia tidak tahu yang bapa mertuanya mempunyai seorang anak dari isteri kedua. Bila difikirkan balik, mungkin bapa mereka sama, sebab itulah wajah isterinya dan Aina juga agak mirip. Dia tak sangka perkara ini akan berlaku. Shah membuat keputusan untuk mengambil anak Aina untuk dijadikan anak angkat. Isterinya pasti akan menerima kehadiran Alif dalam keluarga. Kerana Alif adalah anak adik tirinya.


Shah sudah pun sampai dihadapan rumahnya. Pintu pagar dibuka, isterinya sudah pun menunggu dihadapan pintu. Dia membuka pintu untuk Alif dan kanak-kanak itu keluar dari perut kereta. Isterinya tersenyum lalu memeluk Alif dengan begitu erat. Perkara ini sudah dimaklumkan kepada isterinya terlebih dahulu sebelum pulang ke Johor. Nampaknya, isterinya menerima kehadiran Alif. Mayat Aina dibawa pulang ke Melaka, kampung halaman ibu dan ayah Shalin dan dikebumikan di sana.

            Alif dijaga oleh Shalin dan Shah bagaikan menatang minyak yang penuh. Mereka sangat sayang akan Alif. Apa sahaja yang diminta semua mereka berikan. Hari-hari mereka dipenuhi dengan gelak tawa. Baru lah Shah faham, kenapa isterinya terlalu menginginkan seorang anak.
            Aina, rasa bersalah Shah kepadanya masih belum terpadam. Setiap hari dia berdoa agar Aina dapat memaafkannya. Tetapi baru semalam dia bermimpi , Aina tersenyum manis kepadanya. Adakah itu tanda memaafkan?



Sincerely,
cikfizzyanl