![]() Nur Amira Nabila Binti Abdullah |
9 August 1997 |
Tanjong Malim, Perak, Malaysia
Learn to be more matured than two years ago. Hahaha!
|
kenangan di tingkatan 1 dan 2 .
Isnin, 5 Disember 2011 | 0 comments
Assalamualaikum ...
Piece . v^^v
Today , aku nak story mory pasal kenangan aku dekat form 1 dan form 2 .
Saje nak buat post camni sebelum aku dah tua , dah lupa apa kenangan aku .
Dan mengelakkan jugak aku lupa dengan semua kenangan ni , maklumlah aku ni cepat lupa . ( macam orang tua ) .
Post aku ni berkemungkinan panjang la kot . Jadi sape sape yang baca , harap bawa bersabar untuk menghabiskan nya . Tapi kalau tak nak baca pon takpe , aku tak kesah pon , SUMPAH! hehe .
Let's continue reading ....
First , aku masuk sekolah dekat SMK KHIR JOHARI (SMKKJ) . Dekat situ lah aku jumpa dengan kawan kawan yang baru . Ingat dulu kat sekolah rendah , selalu lah kutuk kutuk sekolah lain , tengok tengok friends jugak kan sekarang . Ha... ni nak nasihat dekat adik adik sekolah rendah , - janganlah kita musuh musuh dengan sekolah lain ek , sebap berkemungkinan yang kita kutuk tu jadi kawan kita dekat sekolah menengah nanti . Okey adik adik . hehe .
Mula dari pembahagian kelas la ye . Aku ingat lagi masa Bonda Su sebut nama sorang sorang nak masuk kelas mana mana . Sampai nama aku , aku dapat kelas 1TIARA . Kelas tu dikira kelas terbaik la kalau kami pindah sekolah . Ha hebat ta . HAHA xD (bangga pulak dia --) . Dak campak campak semua murid masuk kelas masing masing , tengok tengok ramai lagi yang takde kelas rupanya . Ha , time tulah aku jatuh cinta pandang pertama . HAHA (bongok bongok je) . Tade la , aku cuma suka tengok muka sorang mamat ni , tu je - hehe . Aku pun tengok je dia sampai la hilang kelibat dia kat atas pentas , pasal Bonda Su cakap siapa yang takde kelas naik atas pentas . Aku pun abaikan jelah mamat tuh , terus sembang sembang ngan kawan kawan .
Masok masok kelas je , aku pun tak tau nak duduk dengan sape , orang ni ajak aku duduk sekali , orang tu ajak aku duduk sekali . Akhirnya aku putuskan duduk dengan Farah . Mula mula aku kenal dengan budak bukan dari sekolah aku ialah Lomy dan Alia , diorang duduk kat depan aku memang la kenal dulu . Lepas tu aku toleh belakang , tak silap aku masa tuh yang duduk belakang aku Zarith dengan Ain kot . Dah kenal kenal , aku tengok sekeliling kelas . Tiba tiba ada satu suara , aku tak ingat suara sape cakap macam ni . " korang tengok budak budak belakang tuh , gedik gedik kot ." Aku pun toleh la dekat budak budak gedik yang diperkatakan tu , time tu aku tak tau sape nama diorang , tapi yang pasti mereka itu ialah Anis , Nurin , Erin dan Taca . WAKAKA . Bile ingat ingat balik kan , Anis dengan Nurin tu aku tak kesah sangat diorang nak cakap camtuh (sory ek) , yang Erin dengan Taca yang tak leh belah tu , hehe . Takpe lah abaikan je . Lepas tuh suara yang lain pulak " budak budak laki kelas ni takde yang hensem lah " . Bila aku dengar ayat tu aku pun gelak sekuat hati , tapi dalam hati la nanti orang cakap aku gila pulak . hehe . Pasal tu diorang sembang kan dulu , hehe , ukey fine suka hati korang . Tapi bila aku usya sorang sorang , not bad apa . hehe . Tapi mamat yang aku usya tuh tade la ... Banyak la pengalaman pengalaman manis dan pahit masa dekat 1TIARA . Kalau nak cite panjang gila .. Aku try pendekkan . Ha .. baru aku ingat , ada pemindahan kelas dan .. mamat yang aku cakap uh , masok kelas aku . haha . (terharu) . Kawan aku pesan dari kelas lain , dia cakap camni "kau tolong tengokkan dia untuk aku tau" . Haha , rupanya kawan aku minat dekat dia la .. hehe , takpe lah , aku bagi jela kat kawan aku tuh , pasal aku tahu , aku tak sesuai pun dengan dia . Abaikan . Dekat situ jugak aku dapat besfrens yang berlainan , dan geng yang 1 kepala . - Anis , Nabila , Don .
Aku ingat lagi , aku ada kapel dengan sorang budak kelas aku jugak . Ada lah geng geng yang tak puas hati dengan aku , tiba tiba je tak kawan aku . Yang kelakarnya , yang minat dekat orang aku kapel tuh , takde la seover mana berbanding kawan kawan dia . HAHA , kelakar lah . Tapi lama lama okey . . Yang aku cakap aku kapel tadi , tulah first kapel aku . Haha , sian baru nak belajar bercinta .
Ukey , pendekkan cerita .
Kitorang dipindahkan ke SMK BANDAR BEHRANG 2020 (SMKBB) . kitorang kat situ dari bulan 9 sampailah habis sekolah . situ macam macam jugak kenangan yang ada . BEST ! aku takkan lupalah 1TIARA/1AKTIF (2010) . Dalam tahun ni jugak aku banyak gadoh dengan kawan kawan . Hehe , nak buat macam mana kan .. Sampai aku tubuhkan geng baru tau , Zana , Awin , Nabila . Nabila setia dengan aku , hehe . Dan kawan aku sorang excident , sedih gila la masa tuh , tapi dia okey dah sekarang . Laki perempuan boleh bercampur lah kitorang . Maksudnya , boleh bergurau senda bersama . Takde yang sombong pun , kitorang macam 1 family la .
Naik ke tingkatan 2 , aku still dapat kelas AKTIF , dan kawan kelas majoritinya sama je . Cuma ada yang keluar dan ada yang masuk . geng tetap sama , tapi geng yang first la , dah baik balik dah .. (tak paham ? abaikan) . Dalam tahun ni aku banyak membe baik yang berlainan , bertukar tukar . HAHA . Mungkin aku ni jenis yang orang tak suka berkawan kot . Yang pernah sudi berkawan rapat dengan aku ialah . Nabila , Anis , Nurin , Alia , Makcik n beberapa orang lagi . Sory tak disebut nama . And now yang setia suka duka dengan aku ialah NIENNS ,. Love 6ixthSTAR ! Lomy , Taca , Erin , Shida , Atie . Hehe . Diorang semuanya cun melecun lorh . Haha .
Ingat tak korang kita pernah buat 3 orang cikgu kot merajuk dengan kita . Aku tak boleh lupa tuh . Lagi kita buat jamuan untuk 2AKTIF , best tahu ? Aku rancang nak buat sambut birthday satu kelas , tapi cikgu cakap tak payah la . Tapi mula mula cikgu setuju , mungkin pada awalnya ramai yang tak nak pergi , lepastu hari tu jugak diorang ramai ramai bayar . APTB la korang ni . HAHA . Ingat tak jamuan kita masa tingkatan 1 tak jadi disebabkan duit kita kene curi . Tapi pelik sangat orang tu curi duit bekas dia buang dekat dalam tong sampah depan kelas kita . Bodoh jugak orang tu kan , nak mencuri tak bijak . Tak tahu la kalau dia ada trick KOT .. Biar la , Allah je yang balas perbuatan dia tu . Aku takkan lupalah kenangan kita banyak banyak . HEHE . Doakan lah aku tak lupa semua nya . Maklumlah aku ni cepat lupa . hehe . =)
Okey la , tu je aku nak story . Babai !! =)))
------btw. post ni tiga tahun lepas aku post. so , kene paham lah cara bercakap pun macam budak form 2 zaman tu juga. #akuyangdulubukanlahyangsekarang
sincerely ,
cikfizzyanl
|