I don't care if they called me a daydreamer, cause that's what i am

Penipuan Dapat Membuktikan
Jumaat, 16 Disember 2011 | 0 comments

Assalamualaikum ...
piece .

Today , aku akan buat satu story kisah cinta . Tapi macam post sebelum jugaklah , tidak ada kene mengena antara yang hidup dan telah meninggal dunia . Hope enjoy dengan story aku ny . And sorry dengan kesalahan kesalahan penulisan aku ni okey . Jom baca ....


Setelah seminggu dia tidak menerima sebarang sms dari kekasihnya , perkara itu membuatkannya risau dan sedikit marah tentang kelakuan kekasihnya yang langsung tidak memberi sebarang khabar . Sarah Zulaikha membuat keputusan untuk pergi ke rumah Shahir Haiqal di Punjak Saujana , Selangor . Mungkin Haiqal telah pulang ke rumah . Tetapi beberapa minit kemudian telefon bimbitnya berdering . Dia melihat telefon bimbitnya kelihatan nama kekasihnya terpapar di skrin . Satu pesanan sampai , dengan pantas dia membuka dan membaca .

Haiqal -
I Love U So Much !

reply~~
macam mana awak nak buktikan yang awak sayang saya , awak dah lama tak beri khabar . awak dah tak sayang saya kan ?

trutt trutt - buka
sorry la , saya bukan saje2 tak nak sms awak atau call awak , saya ada masalah awak ..

reply~~
apa masalahnya ? awak dah lupakan saya kan ? saya tahu kita jauh , tapi awak tak patut buat saya macam ni , apa2 pon bagitau lah saya . awak ada girl lain kan ?

trutt trutt - buka
saya tak lupakan awak , saya takde girl lain , saya ada awak je . maafkan saya .. please ....

reply~~
prove it , just me in your heart . baru saya maafkan awak .

trutt trutt - buka
malam ni awak akan dapat 1 sms dari saya , dan esok awak akan percayakan saya .

reply~~
okey , i'll wait for it .

Tiada balas lagi selepas itu , 
Pada malam itu dia tunggu sehingga pukul 2.30 pagi . Tapi satu sms pun tiada . Jadi dia membuat keputusan untuk tidur dengan hati yang lara . 

Pada pukul 5 pagi . - _____

Zulaikha bangun seperti biasa untuk menunaikan solatnya dan untuk menyiapkan assigment yang telah diberi oleh pensyarahnya semalam . Apabila dia tersedar dari tidur , dia terus mencapai telefon bimbitnya . Kemungkinan Haiqal telah menunaikan janji untuk menghantar satu sms untuknya . Dia lihat di skrin telefon bimbit , di situ tertera satu sms dari kekasihnya . Dia terus membuka dan membaca.

awak yang saya sayang .... saya cintakan awak sepenuh hati saya , saya harap awak faham saya . saya sekarang ada dekat hospital . saya kena tahan wad awak . esok saya kena jalani satu pembedahan . pada mulanya saya taknak sebab saya takut tak dapat nak jumpa awak lagi . tapi doktor cakap , kalau saya tak jalani pembedahan tu mungkin saya akan hilang ingatan buat selama-lamanya . saya taknak lupa awak , saya taknak lupa semua kenangan kita awak . jadi saya buat keputusan untuk lakukan pembedahan tu jugak . saya pun rindu awak , saya dah lama tak sms awak kan ? saya sakit awak .. awak , saya tak kisah lah kalau awak taknak percayakan saya . tapi saya cuma mintak satu je , doakan keselamatan saya esok ye . saya sayang awak ! =)
Zulaikha bergegas ke tandas untuk mencuci mukanya yang penuh dengan air mata . Dia kemudiannya membersihkan diri . Dia sudah lupa dengan assigment yang kononnya mahu disiapkan hari itu juga . Sesudah solat , dia terus bersiap dan bergegas ke Taman Saujana . Sesudah sampai , dia bertanya kepada orang gaji Haiqal tentang sms itu lalu memastikan hospital mana haiqal menjalankan pembedahan . Orang gaji Haiqal mengiyakan sms itu dan memberitahu hospital Haiqal menjalankan pembedahan . Alangkah sedihnya dia rasakan apabila orang gaji Haiqal memberitahu Haiqal menjalankan pembedahan di hospital tempatnya belajar iaitu di Sarawak dan pada pukul 7.30 pagi . Dia tidak akan sampai pada masanya kalau dia pergi ke sana . Dia hanya mampu berdoa . Dia lalu mengeluarkan telefon bimbitnya dan membalas sms Haiqal sementara masih ada waktu .

im sorry , saya tak berniat nak tuduh awak macam2 . kenapa awak tak pernah nak bagitahu saya pasal ni ? saya risaukan awak , saya nak pergi sana tapi tak berkesempatan awak . I miss you so much . i hope awak selamat . saya sayang awak sangat sangat !!
Dua minit selepas itu .-____

Suara dengarkanlah aku ..
Apa khabarnya pujaan hatiku ..
Aku disini menunggunya masih berharap di dalam hatinya ..


Telefon bimbitnya berdering . Tertera nama kekasihnya di skrin telefon bimbit. Dia terus menjawab panggilan itu .

Haiqal : saya sayang awak sangat sangat jugak
Zulaikha : ha ?

Dia toleh kebelakang lalu mengelap air matanya .

Haiqal : awak , maafkan saya .
Zulaikha : awak tipu ye .
Haiqal : saya dah buktikan dah .
Zulaikha : apa yang awak buktikan ha ? awak tipu saya , awak tak baik buat macam ni .

Zulaikha berlari terus ke arah haiqal . Dia terus memukul Haiqal dengan tas tangannya sekuat hati sehingga Haiqal mengaduh kesakitan.

Haiqal : awak .. sabar , saya ...... dah buktikan yang awak tak boleh hidup tanpa saya kan .
Zulaikha : awak !!

Zulaikha terus memukul Haiqal sehingga puas hatinya.

Zulaikha : awak jangan buat macam ni lagi .
Haiqal : urm , insyaallah lain kali saya buat lagi .
Zulaikha : berani lah buat lagi. buktikan apa macam tu. tu nak lari dari kene marah sebab dah lama tak mesej.
Haiqal : oops. nampak sangat ke? sorry lah saya busy sangat lah. Jangan lah marah saya ye awak..



Haiqal : saya sayang awak .
Zulaikha : hish!

Haiqal&Zulaikha: Hahahahaha

Cerita berakhir dengan senyuman kedua pasangan . . =)

*mungkin dengan penipuan dapat membuktikan segalanya . =)


sincerely ,
cikfizzyanl