![]() ![]() Learn to be more matured than two years ago. Hahaha!
|
![]() Aku cuba pastikan
Jumaat, 1 Jun 2012 | 0 comments
Assalamualaikum ... Peace ^^v Hidup mesti diteruskan dengan cerita yang baru. Hari baru. Bulan baru. Dan bermacam lagi yang baru. Walaupun masa lalu itu pedih, sakit . Tapi benda tu semua harus dilupakan biarkannya menjadi kenangan. Sama ada kenangan manis atau pahit. Terkadang kita lupa. Kita selalu lihat benda di belakang kita. Benda tu sesungguhnya tak perlu. Mungkin kadang-kadang perlu. Tapi jangan terlalu toleh ke belakang takut nanti patah kepala. Benda yang lepas biarkan ia lepas, tiada apa yang harus diulangi. Tapi, manusia, manusia memang hebat. Mereka dapat mengingati berdozen benda dan perkara. Ciptaan tuhan. Sebenarnya apa yang aku tulis ni masih tak dapat dipasti. Masih berputar belit. Perlu ke? Aku pun tak pasti. Aku seorang hamba Allah yang selalu toleh ke belakang sampai teleng. Nak ke tak nak aku sememangnya macam tu. Aku tabah. Benda ni aku kena lalui. Aku lihat ke belakang dan akhirnya aku sakit. Sakit melihat segala macam yang aku dah buat dan apa yang aku dapat. Memang sesungguhnya semua orang akan rasa menyesal tak kira lah apa pun yang mereka lakukan. Sama lah macam aku seorang insan yang lemah ini. Memang tiada yang sempurna. Aku paham. Okey, memang pedih. Lupakan! Lupakan! Tiada apa yang harus diingatkan. Aku letih, letih bila memikirkan. Okey, selalu aku baca status kat Facebook macam ni: "aku sakit, takde sapa tahu". Okey, aku ada komen untuk ni. Anda dah mention pun perkataan tu, jadi semua orang tahu yang anda sedang sakit. Apakah itu untuk tarik perhatian? Hmm, aku pun tak tahu. Memang semua orang akan sakit. Tiada yang sempurna kan. Lupakan tentang tu, apa yang cuba aku sampaikan ni. Huh, kadang-kadang aku fikir nak mesin pemutar masa untuk putarkan balik masa. Masa yang aku buat silap dulu. Supaya aku sempurna, dan menjadi seorang yang baik. Baik sangat. Aku tahu tu mengarut! Tapi ada jugak orang yang nak macam tu kan. Aku tak dapat berfikir ketika ini. Hmm, aku cuba. Ye, aku tahu. Aku kene lupakan, lupakan dan terus lupakan. Tengok depan la, nanti tersungkur. Menerap kau kat situ. Lagi sakit kan. Okey, tengok depan dan lebihkan berwaspada. Kan aman. Haha!
sincerely,
cikfizzyanl |