![]() ![]() Learn to be more matured than two years ago. Hahaha!
|
![]() Baru aku faham (part 1)
Ahad, 6 Januari 2013 | 0 comments
Assalamualaikum...
peace.
“Excuse me!” berkata
Shah kepada seorang perempuan yang menyerupai isterinya.
“Yes encik?” balas
perempuan itu dengan sedikit terkejut.
Shah menggeleng lalu beredar dari situ. Perempuan
itu terkedu lalu turut beredar dari situ.
Peristiwa di hadapan KLCC itu tidak dapat dilupakan
Shah. Perempuan itu, kenapa wajah itu sangat mirip dengan wajah Shalin. Tanpa
disedari fikirannya terus melayang kepada isterinya itu yang sudah lima bulan
tidak dijumpai. Rindu yang amat mendalam kini terus menusuk ke kalbu. Salahnya
atau isterinya. Ah! Sudah penat dia memikirkan perkara yang sama setiap hari.
Tiba-tiba fikirannya melayang memikirkan peristiwa pahit bersama isterinya itu.
“Kalau
saya cakap saya tak suka bermakna saya tak suka! Tapi kenapa awak ni degil
sangat? Tak cukup ke apa yang saya bagi dekat awak selama ni? Awak dah tak sayang
saya ke?” Berang Shah apabila mendengar permintaan isterinya. Dia berpendapat
yang permintaan isterinya itu melampau.
“Salah
ke permintaan saya tu? Kita takde anak, tak salahkan kita dapatkan seorang
anak?”Berkata Shalina sambil merintih kesedihan akibat cadangannya tidak
dipersetujui.
“Ambik
je lah anak angkat, senang kan. Buat apa nak kene sampai kahwin lain. Saya
tetap dengan keputusan saya. Tidak akan!” Bergegas Shah keluar dari rumah itu
meninggalkan isterinya keseorangan sambil teresak-esak menahan kesedihan.
Shah kini berada di
Kuala Lumpur, jauh dari isterinya di Johor. Menyelesaikan tugasnya yang tidak
pernah siap. Walaubagaimanapun, ini lah yang menyara hidup keluarganya. Walaupun
dia tidak mempunyai anak tapi dia sudah bersyukur dengan rezeki yang Allah
beri. Baginya belum sampai masanya lagi untuk dikurniakan seorang anak
kepadanya. Tetapi isterinya tetap berdegil, walau berpuluh kali telah dia
perkatakan perkara yang sama. Dia tahu isterinya sayang akan dirinya. Sudah
tiga tahun mereka berkahwin, mana-mana keluarga pun akan merasakan
kesunyiannya. Isterinya tidak mahukan anak angkat, katanya bukan darah daging
sendiri. Penat dia memikirkan tentang ini. Dia membuat keputusan untuk
melelapkan mata kerana banyak lagi kerja yang harus diselesaikan pada keesokan
harinya.
Sambung ........
Sincerely,
cikfizzyanl
|