![]() ![]() Learn to be more matured than two years ago. Hahaha!
|
![]() Baru aku faham (part 2)
Ahad, 6 Januari 2013 | 0 comments
Assalamualaikum... Peace.
Minggu ini merupakan
minggu terakhir Shah berada di Kuala Lumpur. Tak sabar rasanya dia hendak
pulang ke rumah. Walaupun marah kepada isterinya, tetapi dia masih tidak
melupakan isteri kesayangannya itu.
Hari ini dia diberi
peluang untuk keluar berjalan-jalan kerana tidak mempunyai apa jua jenis
tugasan. Dia membuat keputusan untuk berjalan disekeliling KLCC. Sambil melihat
jam di sebuah kedai tiba-tiba dia ternampak seorang kanak-kanak berada dalam
lingkungan 5 tahun merengek-rengek sambil menarik-narik seluar ibunya hendak
memintakan sesuatu.
Perempuan
itu! Dia seperti pernah melihat wajah itu. Ya! Dia sangat kenal. Tapi
kanak-kanak itu? Benarkah itu isterinya? Atau perempuan yang dijumpai di
hadapan KLCC tempoh hari? Tanpa berfikir panjang dia terus menuju ke arah perempuan
itu. Dia berdiri di sebelah perempuan itu. Tak salah, wajahnya mirip sekali
dengan isterinya. Tapi? Perempuan itu seperti tidak mengenali dirinya. Dia
penat berfikir, akhirnya dia pun memulakan perbualan.
“Cik”
Sapa nya.
“Ye?
Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Kata perempuan itu sambil memujuk
kanak-kanak yang berada di pangkuannya.
“Boleh
saya tahu nama cik?” Tanpa segan silu dia menanyakan nama perempuan itu.
“Boleh
saya tahu encik ni siapa?” Perempuan itu berasa sangat cemas, dia lantas
mendekatkan lagi dirinya dengan kanak-kanak yang berada di pangkuannya itu dan
berada sedikit jauh daripada Shah.
Melihat perempuan itu yang seperti ketakutan, dia
cuba untuk menenangkan perempuan itu.
“Maaf cik, saya bukan mahu mengganggu atau
mengapa-apa kan cik, tetapi disana tadi saya terlihat kanak-kanak ini menangis.
Mungkin ada apa-apa yang saya boleh tolong.”
“Tiada
apa encik, anak saya memang begini, apa sahaja yang dia hendakkan harus diberi
kalau tidak menangisnya tak akan berhenti.”
“Ouh
begitu, apa yang dia hendakkan?”
“Ini,
robot terbaru keluaran Malaysia. Manalah saya mampu hendak membelinya encik.
Saya ni orang susah je, duit gaji pun cukup-cukup makan je untuk kami berdua.”
“Ayahnya
mana?” Tanya Shah dengan agak pelik.
“Anak
saya membesar tanpa ayah. Saya rasa encik pun fahamkan, sebab saya rasa hal
keluarga tidak perlu diceritakan dengan orang yang tidak dikenali.”
“Maafkan
saya”
Shah berfikir sejenak.
“Izinkan
saya membelikan robot kepada anak cik ni.” Dia seperti menawarkan diri untuk
membantu.
“Eh,
takpelah. Saya kelihatan seperti menyusahkan encik.” Perempuan itu menolak.
“Takpelah,
saya tolong ikhlas.” Dia lantas mengambil robot yang tersusun rapi di atas
raknya lalu dibawa ke kaunter pembayaran. Seusai membayar, dia pergi ke arah
perempuan itu kembali. Tetapi apa yang dia lihat, hanya kerusi kosong yang tadi
diduduki oleh seorang perempuan dan kanak-kanak.
Hairan. Di manakan dia? Pandang sekeliling, tetapi
langsung tidak melihat kelibatnya. Shah mengeluh sendirian.
Sambung ............
Sincerely,
|